Gigi yang kuat bermula dari gusi yang sihat


Tahukah anda di Sabah kesedaran tentang penjagaan mulut sangat-sangat lah rendah di kalangan masyarakat sini dan tahukah juga anda gigi yang kuat bermula dari gusi yang sihat. Namun ramai yang leka dalam penjagaan gusi yang betul dan menyebabkan penyakit gusi yang tanpa sedari menyerang mulut anda. 

Penyakit gusi telah mengatasi kaviti dalam menyebabkan kehilangan gigi dalam kalangan dewasa. Hal ini adalah berpunca daripada plak yang berlanjutan di antara gigi, sepanjang garisan gusi dan di dalam poket gusi yang diakibatkan oleh kurangnya amalan memberus gigi dan biasanya sukar untuk dikesan dalam tempoh masa yang lama.

Kajian pada tahun 2010 menunjukkan bahawa 9 daripada 10 orang dewasa di Malaysia mengalami masalah gusi (NOHSA 2010). Satu kaji selidik baru-baru ini yang dijalankan oleh Lion Corporation di Malaysia keatas 450 orang dewasa di Malaysia menunjukkan 80% responden mempunyai sekurang-kurangnya satu tanda dan gejala penyakit gusi yang ketara dan kebiasaannya adalah gusi berdarah atau bengkak, namun hanya 1% menyedari bahawa mereka mempunyai penyakit gusi (Projek Katsu 2017).


Pada 21 March 2019 Satu Forum yang bertajuk "Gigi Kuat Bermula Dari Gusi Sihat" di hoskan Doktor Doktor yang tidak asing dalam bidang pergigian. Forum ini dibawakan oleh SystemaMalaysia serta turut memperkenalkan produk penjagaan mulut mereka iaitu Ubat Gigi Anti-Plak Systema Advance.

 Cik Jackie Loo, Pengurus Pemasaran Southern Lion Sdn. Bhd, Dr. Evelyn Able Padtong, Persatuan Periodontologi Malaysia dan Dr. June Lim, Pengurus Hal Ehwal Saintifik Southern Lion Sdn. Bhd.

Dr. Evelyn Able Padtong mewakili doktor-doktor gigi di Negeri Sabah terutamanya menzahirkan rasa keprihatinan dan kebimbangan tentang kesedaran masyarakat disini tentang penjagaan mulut yang perlu dijaga sejak awal lagi. Punca utama penyakit gusi adalah plak, iaitu lapisan lembut, dan melekit serta mengandungi berbilion bakteria. Apabila plak terbentuk antara gigi, di sepanjang garisan gusi dan di dalam poket gusi, toksin daripada bakteria tersebut akan merosakkan tisu gusi.

Gingivitis merupakan penyakit gusi yang menyerang pada peringkat awal dimana gusi akan membengkak dan meradang akibat jangkita bakteria. Sekiranya tidak dirawat, ia akan melarat dan menjadi penyakit gusi. Penyakit gusi tidak akan hanya menyebabkan kehilangan gigi, tetapi ia turut dikaitkan dengan masalah kesihatan lain seperti penyakit kencing manis dan jantung.

Menurut Dr. June Lim, Pengurus Hal Ehwal Saintifik Southern Lion Sdn Bhd, penyakit gusi adalah penyakit yang senyap kerana pada peringkat awal, ianya tidak terlalu sakit ataupun tiada sakit langsung dan kebiasaanya berlaku tanpa kesedaran pesakit.


“Penyakit gusi adalah penyakit yang dapat dipulihkan keapda keadaan asal dan dapat dihindari pada peringkat awal dengan penjagaan kebersihan mulut yang mudah serta lawatan ke klinik pergigian”, tambah Dr. June Lim.

Systema memahami isu penyakit gusi yang kian meluas. Dengan pemahaman yang mendalam terhadap keperluan mulut dan penyelidikan menyeluruh, Systema memperkenalkan penemuan inovasi terbesar – Systema Advance, ubat gigi anti-plak dan anti-bakteria yang pertama dilengkapi bersama teknologi Advance Plague Buster yang menggabungkan TDS, IPMP yang mampu menyingkirkan plak, dan membunuh 99.9% bakteria di Kawasan yang sukar dicapai seperti di dalam poket gusi, dan GK2 untuk melegakan gusi.


Bercakap pada sesi forum, Ms Jackie Loo, Pengurus Pemasaran Southern Lion Sdn Bhd menyatakan bahawa visi korporat syarikat tersebut adalah untuk terus menjadi syarikat terulung dalam penjagaan kesihatan serta menjadi peneraju inovasi pembanggunan yang menyediakan manfaat kesihatan, keselesaan dan kebersihan kepada pengguna kami. 


Ubat Gigi Anti-Plak Systema Advance hadir dalam 3 variasi – Systema Advance Extra Gum Protection dengan perisa daun pudina dan daun spermin yang menyegarkan, Systema Advance Deep Clean Whitening yang mempunyai rasa pudina yang lebih tahan lama dengan partikel di dalam pes dan Systema Advance Extreme Clean yang menyediakan rasa pudina berganda dengan teknologi penyejukan yang lebih tahan lama untuk kesegaran nafas yang lebih.


“Pengenalan Ubat Gigi Anti-Plak Systema Advance akan membantu pengguna-pengguna di Sabah untuk mencapai gusi dan gigi yang sihat. Ubat Gigi Anti-Plak Systema Advance menyingkirkan plak dan membunuh bakteria di dalam poket gusi manakala berus gigi Systema 0.02mm dengan bulu berus hujung tirus membantuk menyingkirkan plak secara fizikal dari kawasan yang sukar dicapai terutamanya di antara gigi, sepanjang garisan gusi dan di dalam poket gusi”, tambah beliau.

Pihak Systema turut mendorong rakyat Malaysia untuk melakukan pemeriksaan gusi, melalui gumhealthcheck.com, sebuah laman sesawang percuma yang membantu anda untuk memeriksa tahap kesihatan gusi anda.

Laman sesawang percuma tersebut adalah sebahagian dari kempen kesedaran dan pendidikan 2019 ‘Pemeriksaan Kesihatan Gusi 1 Juta Gumbatte’, sebuah kolabrasi bersama Persatuan Doktor Pergigian Malaysia.

Matlamat kempen tersebut adalah untuk membantu rakyat Malaysia dalam mencapai kesihatan mulut yang lebih baik dan memotivasikan mereka dalam mengekalkan 20 gigi semulajadi apabila umur 60 dan keatas[1]supaya mereka dapat menikmati jangka hayat yang lebih bagus, selari dengan objektif Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kempen Gumbatte mengambil semangat daripada perkataan Jepun ‘Ganbatte’ yang bermaksud ‘anda boleh melakukannya’. Sekali gus menyeru rakyat Malaysia supaya menjaga kesihatan gusi mereka dan mencapai 1 juta pemeriksaan gusi.

Jadilah antara yang terawal daripada 1 juta orang yang memeriksa kesihatan gusi secara dalam talian di laman web gumhealthcheck.comuntuk gigi dan gusi yang sihat sepanjang hayat.

Lion Corporation Japan mula bertapak di dalam industri penjagaan mulut pada tahun 1896 dengan memperkenalkan serbuk gigi. Sejak itu, penjagaan mulut telah menjadi perniagaan utama dan kepakaran Lion Corporation Japan yang dibuktikan melalui pengalaman lebih 100 tahun bekerja bersama para profesional dalam bidang pergigian serta mempunyai pasukan pakar dan saintis mereka sendiri.

Harga dan Kebolehdapatan 

Produk-produk Systema boleh didapati di seluruh negara menerusi pasar raya hiper utama, pasaraya dan farmasi pada harga RM12.55 untuk ubat gigi Systema Advance Anti-Plaque, manakala berus gigi pula berharga RM7.80 hingga RM12.55.






Para hadirin Systema Forum Gigi Kuat Bermula dengan Gusi Sihat untuk Sabah melakukan Gumbatte! bersama.









 Sesi soal jawab berkenaan penyakit gusi ditanya oleh para hadirin


Sekian. =) 
xoxo Tynienih. 

No comments: