5 Destinasi Bajet Breakfast, Lunch dan Dinner Di Klang Selangor.


Assalamualaikum.. 

Bila bercerita tentang Klang Selangor.. siapa yang tak tahu klang dikenali sebagai tempat Bandar Diraja dan dulu pernah menjadi Ibu Negeri Selangor sebelum wujudnya Kuala Lumpur. Tapi disini saya taknak cerita panjang lebar Sejarah Klang Selangor sebab saya mahu bawa kamu ke tempat saya bersarapan, makan tengah hari, minum petang dan juga makan malam di sepanjang saya berada di Klang Selangor ni. 

1. Lontong Klang

Merupakan lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai disekitar sini untuk bersarapan di Lontong klang. Beroperasi lebih kurang 48 tahun lamanya iaitu sejak 1970 tahun lagi mungkin menjadikan salah satu tarikan mereka bersarapan disini. Tambahan pula, harga yang di tawarkan pemilik permis berpatutan dengan menu menu yang ada.


Dah nama premis pun Lontong Klang jadi menu utamanya pun semestinya Lontong. Alang-alang datang ke sini kenalah cuba lontong disini dan saya memilih Lontong special. Serius saya katakan ini kali pertama saya merasa lontong.. okeyhh.. u may laugh but dont to much... hehehe Sekali pandang macam soto makassar tapi sebenarnya berbeza. Bukan Soto Makassar tapi Lontong okeyh,, Antara bahan utama adalah lontong, sotong, ayam, tempe, telur dan sedikit sayuran. Bagi yang minat makanan berlemak dan pedas boleh cuba lontong ni, 



Untuk Pengetahuan, Lontong Klang ini dibuka di 3 Cawangan yang berbeza. Berminat nak cuba bersarapan sini boleh lah datang berkunjung ke ;

Daerah Klang
144, Emporium Makan, Jalan Pasar Klang, Klang
Buka : 7.00a.m - 11.00a.m

Daerah Shah Alam
No 20, jalan Zirkan E7/E, Seksyen 7, 40000 Shah Alam
Buka : 7.30a.m - 3.00 p.m

Daerah Bukit Tinggi
No.19-03 & 04, Jalan Remia 2/KS6, bandar Botanik, 41200, Klang
Buka : 7.45 a.m - 12.00p.m

Tel : +60 12-345 0677


2) Chong Kok Kopitiam.

Selain di Lontong Klang, Chong Kok Kopitiam adalah destinasi bersarapan yang saya rekomen pada kamu semua. The Coffee is perrrghhh..! and The Price..?? Wowww..! i mean murah babe.! Bukan sekadar cina yang datang bersarapan disini malah melayu india juga menjadikan ia tempat pertama untuk mengisi perut di awal pagi. 


Roti Telur Goyang juga merupakan tarikan utama disini selain kopitiam dia yang superb.! You can see the telur bergoyang dumang di atas rotinya yang empuk and yeahh telur tadi dimasak separuh masak dan di letakkan di atas roti sandwich yang sudah dibakar.  Selain daripada itu, kamu boleh cuba cucur disini. but i like it if the kuah is more pedas. ! 




Terletak tidak jauh daripada KTM Komuter Klang. Kamu juga boleh buka pencarian di maps atau Waze. 

Chong Kok Kopitiam
Klang Royal City Town
5, Jalan Stesen, Kawasan 1, 41000, Klang
Tel : 03-3371 0996

3. Claypot Asam Pedas Andak

Destinasi untuk makan Tengah hari saya pula di sini isitu di Claypot Asam Pedas Andak. Merupakan sebuah perusahaan yang diusahakan oleh keluarga secara turun temurun dan semestinya menu-menu yang ada pun adalah resepi ciptaan tersendiri daripada mereka.


Dikenali dengan hidangan menu utama yang serba pedas dan juga resepi mereka yang tersendiri menjadi tarikan orang ramai untuk menjamu selera disini. Banyak pilihan yang kamu boleh jamu disini  untuk makan tengah hari dan semestinya berbaloi dengan harga dan kualiti masakan. 


Nasi Goreng Tumbuk, Tauhu Panggang, dan Roti Canai Milo ( tapi Roti saya suka makan begitu sahaja. tak cicah apa apa pon.. ) Sedap.! 





Kalau Nak Rasa Penangan Claypot Asam Pedas Andak ni boleh cari dekat alamat ni.. 

Claypot Asam Pedas Andak
Jalan Raksa, Bukit Kuda, 41300 Klang, Selangor, Malaysia
Buka : 12.00p.m - 2.00 a.m

Tel : 03-3344 4192


4. Warung Pak Din

Bagi Sajian minum petang pula, Warung Pak Din adalah Lokasi yang menjadi pilihan, Sama seperti Claypot Asam Pedas warung Pak Din juga adalah sebuah perusahaan keluarga. Bermula secara kecil-kecilan dengan menghantar kueh dari rumah ke rumah kini dengan sajian yang memikat pembeli Pak Din mempunyai lokasi yang tetap,

 Alhamdulillah. Selain gigih dalam berusaha Pak Din merupakan seorang yang mesra kepada mereka yang datang menjamu selera disini. 


Masuk sahaja kedalam warung Pak Din jangan lepaskan peluang untuk memilih kuih muih yang ada di siap dihidang kerana pelbagai jenis juadah yang boleh buat kita rambang mata nak pilih .. Kuih tradisi wehhh siapa tak suka kan.. dan disini saya jumpa kuih kusoi kegemaranku.. well kusoi ni kalau nak masak bukan senang weii.. orang pandai buat je baru ngam rasa dia.. 


Dan kalau singgah ke warung Pak Din ni jangan ketinggalan untuk mencuba karipap ayam cheese beliau memang sedap.!  Dan di tengah hari yang panas ni pula memang rugi kalau tak merasa ABC Tembikai bola gergasi ni..  Bebola bebola tu  adalah isi tembikai yang sudah dikorek dan dipisahkan bijinya.


Selain hidangan Kuih Muih dan ABC warung Pak din juga menyediakan beberapa makanan berat seperti bakso, sup, makassar dan pelbagai jenis mee dan nasi goren.

Warung Pak Din

Jalan Ladang, Taman Palm Grove, 41200 Klang, Selangor, Malaysia
Buka : 12.00 p.m - 6.00 p.m
Tel : +60 13-281 1788


5)  Satay Famili

Untuk makan malam, Satay Famili adalah tempat yang sesuai bagi mereka yang mahukan tempat yang santai dan berkonsepkan famili. Satay ayam, daging dan perut adalah menu utama yang dihidangkan disini dan dihidangkan dengan Nasi lontong dan seperti biasa kuah kacang yang menyelerekan menambah selera pelanggan yang datang ke sini.


Selain Satay yang menjadi tarikan disini, Otak-otak, Mee sizzling juga cukup di kenali disini sebagai menu kedua selain satay. Di restoran ini pelanggan dapat meihat sendiri tukang masak mereka memasak secara live kerana pembahagi dapur masak dan tempat makan dipisahkan dengan kaca yang transparen jadi dalam tu boleh nampak aksi chef chef kita memasak hidangan kita.. 


Satay Famili ni terletak di sudut bangunan dengan sign board yang besar lagi bersuluh di alamat ;

Jalan Meranti Putih 1/KU10, 41050 Klang 


Kesimpulan dari tempat-tempat yang saya tuju sangat memuaskan hati, Dari segi kuality masakan dan kebersihan tempat makan pun Okayh,, Tambahan pula harga yang ditawarkan setiap premis sangat murah dan berbaloi.

Sekian Terima Kasih.

XoXo 
Tynienih.. 



2 comments:

Amanda Suria said...

Woww......menarik...bila akak bleh buat aktiviti macam ni...

arizah said...

arghhhhh jeles..!!